Thursday 9 February 2017

PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DI MALAYSIA

                                       

                               

                    DUA6022- KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

                                                 -TAJUK-
       PERAYAAN-PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DI                                                            MALAYSIA
           
                  PENSYARAH: USTAZAH ROHANI BINTI RAZAK
                      JABATAN : JABATAN PENGAJIAN AM
                             NAMA: IZWAN BIN IBRAHIM
                         NO.PENDAFTARAN : 12DIP14F2015
PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
                                       KELAS : DIP5A
                                SESI : DISEMBER 2016


















   OBJEKTIF KAJIAN
Ø  Mengenalpasti kesan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
Ø  Mengetahui peranan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
Ø   Mengenalpasti perayaan yang terdapat di Malaysia.

Ø  Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.

Ø  Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.




 
   OBJEKTIF KAJIAN
Ø  Mengenalpasti kesan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
Ø  Mengetahui peranan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
Ø   Mengenalpasti perayaan yang terdapat di Malaysia.

Ø  Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.
Ø  Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.

 PENGENALAN


Malaysia ialah merupakan sebuah bumi yang bertuah kerana negara Malaysia ini dihuni oleh pelbagai kaum iaitu, kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai lagi kaum dan etnik yang terdapat di Sabah dan Serawak. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza dan menarik. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.



Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnahnya perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakuakan bagi memupuk dan mendidik masyarakat agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.



Dalam perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang semakin pesat mengejar arus kemodenan bukan sahaja dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat serta hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula, Usaha negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.
















JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA





(Agama Islam)


- Hari Raya Puasa/AidilfitriAgama Islam ialah sebuah agama yang suci dan mementingkan kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Di Malaysia agama Islam majoritinya dianuti orang-orang Melayu Bumiputera. Islam mengamalkan rukun Islam dan rukun iman iaitu percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul. Agama Islam menyambut Hari Raya Puasa yang disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, tahun Hijrah. Perayaan dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada 1 Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya. Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah.Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya.







(Bermaaf-maafan menjadi amalan wajib pada pagi hari raya)


















Hari raya Qurban

Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Mekah, Arab Saudi.Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin. Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah.Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu.Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.

















(Agama Hindu)



- Hari Raya Depavali

Agama Hindu di Malaysia dianuti oleh majoriti kaum India. Agama ini mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi. Masyarakat Hindu mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan mmenguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.

Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.





















- Perayaan Thaipusam

Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar-besaran oleh penganut agama Hindu di Semanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.

Perayaan Thaipusam bermula di malam hari bulan penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam. Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat tersebut untuk menyempurnakan penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam


















(Agama Buddha)



- Tahun Baru Cina

Agama Buddha di Malaysia dianuti oleh majoriti kaum Cina.Selain itu, agama ini mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Masyarakat Buddha mempercayai kehidupan semula selepas kematian. Selain itu mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan juga 'feng shui'. Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina.

Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan.







     Masyarakat cina sedang menggaul "Yee-Sang". Mengikut kepercayaan mereka semakin tinggi makanan tersebut digaul, semakin murah rezeki mereka.



(Agama Kristian)



- Hari Natal

Kebanyakkan penganut agama Kristian adalah orang Cina, India dan Bumiputera yang bukan beragama Islam. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa a.s sebagai “anak tuhan” yng digelar Jesus Kristus. Selain itu, masyarakat ini merayakan Hari Krismas atau hari Natal. Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth iaitu pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam. Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus . Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular keduniaan. Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.













(Lain-lain Agama)



- PERAYAAN HARI GAWAI

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.

Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. 














CARA PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA DAPAT DIWUJUDKAN 




Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?

Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.



Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.



Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.

Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.







KEBAIKAN-KEBAIKAN PERAYAAN DISAMBUT BERSAMA-SAMA                                                                              


" Satu Malaysia jadi pegangan,

Rukun Negara teras panduan,



Satu Malaysia benteng negara,

Rakyat Malaysia taat setia."



Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kebaikan yang paling ketara ialah dapat meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum.Semua kaum memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain.Sebagai contoh,lawatan ke rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan antara kaum.Jadi,kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Selain itu,golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Namun,apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami erti perpaduan.Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang.

Malahan,kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang.Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin.Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum.Kalau itu mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.






SUMBER RUJUKAN



Buku

- Pengajian Malaysia / Mardiana Nordin, Hasnah Hussin/ISBN/Kuala Lumpur/OXFORD FAJAR.SDN,BHD



Internet

- Htpp://penerangan.gov.com

- http://www.academia.edu/17578768/Perayaan_Di_Malaysia

- https://www.youtube.com/watch?v=E22TKQezsKw

- https://www.google.com.my/imghp?








LAMPIRAN














Perayaan disambut oleh pelbagai kaum



keratan akhbar





PENUTUP



Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, dapat saya simpulkan bahawa perayaan merupakan salah satu komponen penting bagi setiap kaum di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Dengan adanya kajian ini, diharapkan konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji dapat difahami dengan jelas agar setiap individu di negara ini dapat memahami perayaan-perayaan ini dan seterusnya memupuk budaya hormat-menghormati kepercayaan setiap kaum yang ada di negara ini. Menerusi kajian ini juga, kita dapat menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan menjelang sambutan perayaan-perayaan tersebut yang sememangnya unik dan tidak boleh didapati di negara-negara lain.

Kepelbagaian perayaan yang disambut di negara ini boleh dikatakan sebagai khazanah yang menjadi warisan negara yang tidak ternilai harganya. Semua pihak seharusnya sedar bahawa kepelbagaian sambutan perayaan yang ada di negara ini bukanlah suatu kekangan tetapi suatu keunikan dan kelebihan yang harus digunakan sebaik mungkin. Perayaan itu boleh dijadikan medium atau inisiatif bagi merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Hal ini penting bagi mengekalkan kemakmuran negara dan keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Diharapkan objektif kajian ini telah disempurnakan dan dapat dijadikan panduan dalam memberikan kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut di Malaysia.






1 comment: